November tahun Dua Ribu Sembilan

Masuk ke bulan November hati mula berdebar. Tinggal sebulan lebih je lagi sebelum 'hari yang dinanti'. Takut-seram-sejuk-kacau bilau-suka-gembira-berdebar dag dig dug. Semua perasaan bercampur baur. Sakit giler ke?Macamana la agaknya rasanya. Harapan semoga dipermudahkan aku bersalin. Takut seh. . .Sedangkan senggugut pun aku terguling-guling inikan lagi nak bersalin.

Tujuh belas haribulan November tahun Dua Ribu Sembilan

Pihak atasan pulak mintak aku siapkan data sekolah. Naik gila aku dibuatnya. Kerja yang berbulan-bulan dulu lamanya, baru sekarang suruh aku siapkan. Mujur ada yang membantu. Lepas tu aku tarik muka masam. Muncung-muncung mulut aku sebab terpaksa siapkan data sampai tak tido malam. Dah le ada 'si comel' dalam perut. Kesian. Bila pihak atasan tu nampak aku, selalu je berasa serba salah tapi aku buat tak tahu. Gasak. . .Lepas tu keadaan serba reda lepas aku menyapa orang atasan tu. Yelah, tak baik tak bertegur sapa lama-lama.Gila ah, sukati je aku melawan. Mujur jawatan dia bawah Pengetua. Kalau Pengetua, takde la aku nak melawan. Angguk je la tanda setuju, menggeleng tanda 'sabar je ler'.

Aku selalu pesan pada 'si comel' dalam perut. "Tunggu cuti sekolah ye bi, baru keluar. Ibu banyak kerja nak kena siapkan ni".
Seperti mendengar, 'si comel' bergerak-gerak.

Dua puluh haribulan November tahun Dua Ribu Sembilan ( Jumaat)

Cuti sekolah hampir bermula. Aku bersyukur kerana kerja dah beres. Data dah siap.

Dua puluh satu haribulan November tahun Dua Ribu Sembilan ( Sabtu )

Aku rasa berdebar. Entah kenapa. 'Si comel' dah nak keluar ke?Adoila. Dah bersedia ke aku? Barang dah sedia dalam beg. Satu beg ibu, satu beg baby. Semua barang 'si kecil' serba baru. Kalu boleh, satu kedai Manjaku Baby tu aku nak beli. Baju-baju baby sangat-sangat comel nya. Tapi emak aku dah pesan, jangan beli baju banyak-banyak sebab baby cepat besar. Tapi kalau dah geram sangat tengok baju comel-comel, siapa yang boleh tahan? KIST kata nasib baik kedai tu sediakan bakul je untuk pelanggan letakkan barang-barang yang dibeli. Kalau kedai tu sediakan troli? Mau nya satu troli aku penuhkan dengan barang baby. Entah-entah aku ambik troli lagi satu. KIST belek duit dalam dompet sambil senyum geleng kepala. Aku sengih je.

Paginya aku ke tandas. Ada tanda keluar darah sikit. Takut tapi buat taktahu. Aku bagitau KIST. KIST Tak jadi pegi kerja dan ajak aku ke hospital. Aku ragu-ragu tapi pergi jugak. Malas pun ada sebab rasanya tu tanda-tanda biasa je. SMS kawan-kawan yang dua tiga orang dah bersalin pada dua tiga bulan lepas. Diorang dah ada pengalaman. Sampai hospital, nurse kata tu tanda-tanda awal tapi sebab tak rasa sakit, dia suruh aku balik dan bagi nombor telefon suruh call dulu baru datang. Nanti jenuh pulak pegi balik. Kalau petang nanti darah ada lagi dan tak berhenti, dia suruh datang balik. Lor, tu je ke? Penat je aku naik lif.

Ok.KIST pun pergi kerja sebab rasanya takde apa-apa.

Petangnya aku datang hospital lagi. Sebabnya? Darah keluar lagi tapi sikit jelah. Mula-mula malas nak pergi. Tapi bila call hospital, nurse suruh datang pulak. Penat seh ulang-alik. Time macam ni kesian kat KIST yang kelam kabut balik rumah.

Aku rileks biasa. Nurse panggil doktor suruh periksa entah-entah-apa-entah-bla-bla-bla . Paling tak suka bila dia guna alat macam muncung itik tu seluk dalam rahim nak tengok keadaan darah whether tu uri or not. Sakit giler lah. Mujur aku tak ter'sepak' doktor tu. Dah le lelaki. Walaupun hensem, tapi kalau dah lelaki namanya segan le kita yang perempuan ni nak tunjuk 'benda' yang tak sepatutnya pada dia. Sabar je la. Nurse kata sebab masa tu shift doktor pelatih lelaki yang hensem tu, dan doktor perempuan pulak ada patient lain. Gasak. Lepas scan baby, check jantung and everything, doktor hensem panggil doktor perempuan lawa ala-ala model gitu (yang ni bukan doktor pelatih) untuk double check up. Kemudian, dia kata, aku boleh balik. Nanti kalau sakit, datang lagi. Dia tanya rumah aku dekat ke dengan hospital?

Aku? *%$(#_%(# (menyumpah dalam hati je). Sebab kena balik dan datang lagi.

Ya doktor. Rumah saya dekat la jugak tapi takde la dekat sangat.



Jam 11 malam.

Aku terjaga dari tido yang tak berapa nak lena. Tiba-tiba ada bunyi 'tuuussss' dari dalam perut aku. Uik, apa tu? Macam mentuban pecah je. Tak sangka boleh dengar.Selang beberapa minit, mengalir air keluar. Terkejut beruk aku. Nasib baik monyet tak terkejut sama. . Dengan menguap dan lemah gemalai aku bersiap nak ke hospital. KIST sabar je la tengok aku lambat sangat pakai tudung sebab nak lipat lawa-lawa sebab tak sempat iron. Mujur aku tak gi iron dulu. Kihkihkih.

Sampai hospital. Doktor hensem tu lagi ke? Aiseyman takde ke doktor lain? Dia tanya aku ada rasa sakit tak?Aku kata takde. Satu lagi prosedur yang aku tak suka ialah check ukuran rahim. Nak seluk lagi? Sakit ler wei!! Doktor kata kalau bersalin lagi sakit rasanya. Aku tanya doktor tu, mana dia tahu?dia pernah beranak ke? Doktor hensem tu sengih je. . .Mungkin dia masih boleh bersabar le tu. . dan aku yang peramah dan baik hati ni berbual-bual le dengan dia sebab dah terlalu bosan berbaring lama-lama.

Rahim aku baru terbuka 1cm. Tapi sebab air mentuban dah pecah, aku kena tahan dalam wad. Alahai, kena duduk wad yang malas ni. Menjelang pukul 2 pagi, aku dah mula rasa sakit belakang sampai tak boleh nak tidur. .Ni baru sakit sikit. Lepas ni macamana pulak rasanya. Bertubi-tubi aku dapat SMS dari emak dan kakak dan kawan-kawan. Emak kata banyakkan ingat Tuhan, berzikir, mengucap. Masa ni aku sedih giler. Entah kenapa.

Dua puluh dua haribulan November tahun Dua Ribu Sembilan

Menjelang pagi. Aku SMS KIST. Aku mintak maaf kalau ada salah silap selama kami hidup bersama. Aku doa moga dipanjangkan umur dan semuanya selamat. KIST,emak, kakak, kawan-kawan kata mereka doakan aku. Aku takut tapi terharu.