Sambil menekan-nekan keyboard komputer aku yang kekunci huruf A nya kurang jelas, aku masuk ke rangkaian website YouTube dan menonton video Susan Boyle iaitu peserta Britain's Got Talent 2009. Sudah banyak kali aku menonton video auditionnya tanpa jemu. Pada usia 47 tahun, timbul kisah menarik dalam hidup dia. Mungkin sebelum ini siapa lah dia agaknya pada mata orang ramai, sehinggalah bakat nyanyian dia didedahkan. Perkara pertama yang perlu diambil sebagai pengajaran ialah jangan menilai seseorang dengan melihat luaran/fizikalnya sahaja. Perkara kedua ialah kita takkan tahu apa yang bakal kita lalui dalam hidup kita, jika kita tidak berubah. Bakat kurniaan Tuhan jangan disia-siakan.
Jam 12.15 tengahari KIST pulang sekejap untuk melayan aku yang asyik nak melantak aje. Apa nak buat, berminggu-minggu aku tak turun ke dapur dan memasak.
Jam 2.30 petang, aku melayari YouTube. Ada satu lagi sinetron yang aku nak tengok ending dia macam mana, iaitu sinetronAqso dan Madina episod terakhir. Aku agak mesti ending dia hampeh macam sinetron Soleha yang aku tonton semalam. *%*^%)*%
Angin sepoi-sepoi atas jejambat, Madina mendukung Arjuna sambil Aqso pulak entah kat tepi jalan mana mencari-cari Madina dan Arjuna.
SELESAI
Apakehe punya sinetron ni?Ni la cerita indonesia paling tak best dan menyakitkan hati dan takBESTnya pengakhiran dia melampaui batas perkataan TAKBESTLANGSUNG. Ada ke ending macam tu dan tergantung.? Mujur aku tak tunggu cerita ni sampai habis kat TV9.
Menguap. Nanti aku beritahu emak yang suka bagai menonton sinetron menguap macam ni.
0 comments:
Post a Comment